TTI was a Theme Park display collection uniqueness result monuments famous Islamic architecture from all Islamic world. Beside the it also planned with various facilities and attraction for each age layer with main theme “education and entertainment".
Monday, February 18, 2008
opening now!!
Taman Tamadun Islam dibuka sempena program Perkampungan Hadhari
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menganggarkan lebih 700,000 pelancong, termasuk dari Timur Tengah akan melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, di sini, sepanjang sembilan hari Perkampungan Hadhari, bermula semalam.
TTI yang dibina membabitkan peruntukan RM250 juta di atas tapak seluas 23 hektar dan mengandungi 21 Monumen Islam terunggul itu buat julung kalinya dibuka secara rasmi kepada orang ramai sempena Perkampungan Hadhari.
Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kerajaan belum menetapkan kadar bayaran masuk yang akan dikenakan kepada pengunjung apabila TTI dibuka kepada umum mulai bulan depan.
Bagaimanapun katanya, bayaran masuk yang akan dikenakan ke TTI yang turut mengandungi Masjid Kristal tidak membebankan pengunjung.
"Apabila TTI dibuka kepada umum bulan depan, kerajaan negeri menjangkakan lebih satu juta pelancong dari dalam dan luar negara, terutama pelancong dari Timur Tengah akan mengunjunginya dalam tempoh setahun," katanya selepas melawat pameran pelbagai agensi kerajaan sempena program Perkampungan Hadhari, di sini, semalam.
Sebelum itu, Idris diwawancara pengacara, Aziz Desa dan disiarkan secara lintas langsung oleh TV9.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Induk Perkampungan Hadhari, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Abdul Razak.
TTI akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kira-kira jam 8.45 malam, Ahad ini.
Idris berkata, antara monumen menarik di taman tema berunsurkan Islam itu ialah Masjid Besar Samarra, Iraq yang kini tidak wujud lagi apabila musnah dibom tentera Barat pada tahun 2005.
"Imam masjid beberapa negara di Timur Tengah, termasuk Iraq yang diundang kerajaan negeri untuk mengimamkan solat di masjid di negeri ini kagum dengan kehalusan dan keaslian replika masjid di TTI.
"Mereka yang berkesempatan melawat TTI kagum apabila replika 21 masjid yang dibina mengikut spesifikasi monumen sebenar, termasuk rupa bentuk, warna dan tekstur bangunan," katanya.
Idris berkata, pembinaan TTI mengandungi dua zon iaitu kompleks yang mempamerkan replika monumen terunggul dalam sejarah kegemilangan Tamadun Islam.
"Kerajaan negeri bercadang membina kincir angin yang saiznya lebih besar dan menyamai kincir angin digunakan masyarakat Islam di zaman lampau," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perihal Taman Tamadun Islam.
Taman Tamadun Islam adalah sebuah Taman Tema yang memaparkan keunikan koleksi monumen-monumen hasil senibina Islam yang tersohor dari seluruh pelusuk dunia. Disamping itu ia juga dirancang dengan pelbagai kemudahan dan tarikan bagi setiap lapisan umur dengan tema utama “education dan entertainment”.
No comments:
Post a Comment