Monday, February 18, 2008

ALHAMBRA, GRANADA, SPAIN



Kota Al Hambra adalah sebuah kubu dan istana kesultanan Moorish di Granada. Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam di Sepanyol. Di antara tahun 1238-1354 Masihi, istana kerajaan Islam Sepanyol dibina di kota ini. Dengan terbinanya istana inilah menjadikan Al Hambra terkenal sehingga hari ini. Terdapat empat pintu masuk utama ke kota ini dan terdapat beberapa dewan besar di dalam keseluruhan kota. Dinding-dinding dalaman dipenuhi ‘stucco calligraphy’ kalimah-kalimah memuji Illahi. Terdapat juga taman-taman indah yang dihiasi ciri-ciri alam semulajadi seperti pokok, air dan haiwan. Replika yang dibina di Taman Tamadun Islam ini adalah sebahagian dari Kota Al Hambra yang luas keseluruhannya terlalu besar untuk dibina di sini.

Al Hambra Citadel is a city-fotress and the castle of Moorish Kingdom in Granada. It was built as a mosque in early Islamic rules in Spain. Between 1238-1354 A.D, the castle of Islamic Kingdom was built in this city. Since then Al-Hambra city is one of the famous historic building in the world. The interior walls of the building were decorated with fascinating stucco calligraphy of Holy Quran and there were also beautiful gardens in the city.

No comments:

Perihal Taman Tamadun Islam.

Taman Tamadun Islam adalah sebuah Taman Tema yang memaparkan keunikan koleksi monumen-monumen hasil senibina Islam yang tersohor dari seluruh pelusuk dunia. Disamping itu ia juga dirancang dengan pelbagai kemudahan dan tarikan bagi setiap lapisan umur dengan tema utama “education dan entertainment”.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

BEST OF THE BEST

COMMENTS

Percuma!!!