Monday, February 18, 2008

PENGENALAN / INTRODUCTION


BLOG INI DITUJUKAN UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.





INTRODUCTION

The proposal to build park in Terengganu depicting the glorious Islamic Civilization was the brain-child of the Right Honourable Prime Minister of Malaysia Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. The Task has been given to the Terengganu State Economic Development Corporation(TSEDC) to interpret the vision of the Right Honourable PM on a 22.3ha of land in Pilau Wan MAn,Kuala Terengganu,The Park will Bring the theme of 'Edutainment Park' together with a reality visualisation of Islamic monuments in miniature form,Interactive activities are designed for visitors to learn more of the miniature historical significants.

OBJECTIVE

TO EXPOSE THE GLORIOUS ISLAMIC ARCHITECTURE.
TO EXPERIENCE AND INCULCATE THE ISLAMIC CULTURE AND WAY OF LIFE.
TO PROMOTE PULAU WAN MAN AS AN INTELECTUAL CENTER OF ISLAMIC ART AND CIVILIZATION.
RESEARCH AND DEVELOPMENT CENTRE OF ISLAMIC INTELECTUAL WORKS. e.g IBN SINA(MEDICINE),AL-KHAWARIZMI(MATH),AL-BIRUNI(ASTRONOMY)&HASSAN FATHY(ARCHITECTURE)

NATIONAL MOSQUE, MALAYSIA



Bangunan Masjid Negara telah dibina pada tahun 1965 bagi memperingati perjuangan dan jasa-jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada jajahan British. Bangunan yang dibina selepas merdeka ini mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan kemajuan dan kebebasan. Ciri-ciri ini ditonjolkan melalui rekabentuk dan bahan-bahan binaan yang digunakan. Ciri-ciri yang menarik pada masjid ini adalah kubah yang diperbuat dari konkrit berbentuk payung terbuka dan menara yang berbentuk payung tertutup. Payung merupakan simbolik perlindungan dan kebebasan. Masjid ini boleh memuatkan 15000 jemaah

The National Mosque is located in Kuala Lumpur. It
has a capacity of 15 000 ‘jemaah’ and situated among 13 acres of beautiful gardens. It was built in 1965. The main characteristics of the design is the dome and the minaret which were designed umbrella-like. The dome is reminiscent of an open umbrella and minaret’s cap a folded umbrella. The Heroes Mousoleum (Makam Pahlawan) is situated nearby. National heroes, mainly the independence fighters - are buried here.

KUDUS MINAR, INDONESIA



Masjid ini dibina pada tahun 1549 Masihi oleh seorang guru terkenal bernama Sunan Kudus. Ia terletak di daerah Kudus, Wilayah Semerang, Jawa Tengah, Indonesia. Rekabentuk bercirikan campuran antara Hindu dan Jawa. Ciri-ciri menarik masjid ini ialah pada menara yang diperbuat dari batu-batu gunung berapi. Menara ini berbentuk seperti candi yang biasanya terdapat di kawasan kuil hindu.
Kudus Minar Mosque was built in 1549 by a famous Muslim guru Sunan Kudus. It is located in Kudus District, Semerang Region, Central Java, Indonesia. The architectural design is a mixed of Hindu and Java with the minaret as the most outstanding feature made from rocks! The characteristic of the minaret is influenced by Hindu temple

PATTANI MOSQUE, THAILAND



Masjid ini dibina pada tahun 1954 Masihi semasa pemerintahan Field Marshal Sarit dan mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan. Ia terletak di Wilayah Muang di Pattani berhampiran jalan utama antara Yarang dan Pattani. Masjid ini merupakan masjid terbesar dan tercantik di Thailand dan menjadi pusat utama kepada penduduk Islam di Thailand.

This mosque was built in 1954 during the military rule of Field Marshal Sarit. It took the military government 9 years to complete the construction. It is situated in Muang Region, Pattani by the main road of Yarang and Pattani. It is the biggest and most beautiful mosque in Thailand and the main centre for muslims in Thailand.

SULTAN OMAR ALI MOSQUE, BRUNEI



Masjid ini dibina pada tahun 1958 Masihi berhampiran Sungai Brunei. Ia telah dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke-28. Masjid ini dibina mengunakan bahan-bahan binaan terbaik di dunia seperti marmar dari Itali, granit dari China dan lampu hiasan dan cermin bercorak dari England. Kubah utamanya pula dipercayai diperbuat daripada emas tulen. Ia menjadikan masjid ini antara masjid tercantik di dunia.


The mosque was built in 1958 A.D near Brunei River. It was named after the 28th Sultan of Brunei. The best building materials were used e.g marble from Italy, granite from China and chandeliers and glasses from England. It is one of the most beautiful mosque in the world

TAJ MAHAL, AGRA, INDIA



Taj Mahal adalah sebuah istana dan makam yang dibina bagi mengenang kisah cinta abadi diantara Shah Jahan dan isterinya Mumtaz Mahal. Ia mula dibina pada tahun 1631 Masihi dan mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan. Ciri-ciri penting yang dapat dilihat disini ialah keunikan senibina, bahan-bahan binaan yang unik, batu-batu berharga yang dipasang untuk mencantikkan kemasannya serta keindahan taman yang dibina dihadapan bangunan tersebut.

The ‘Taj Mahal’ is a mausoleum built by Mughal Emperor Shah Jahan in memory of his wife, Mumtaz Mahal, in 1631 illustrating his love to his wife. The main mausoleum completed in 1648 and the surrounding buildings and garden in 1653. The ‘Taj Mahal’ incorporates Persian and earlier Mughal architecture. Shah Jahan promoted the use of white marble inlaid with semi precious stones. The garden of Taj Mahal is considered as the Garden Of The World due to splendid and beautiful landscape.

BADSHAHI MOSQUE, LAHORE, PAKISTAN



Masjid Badshahi dibina pada tahun 1673 Masihi oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir semasa zaman kegemilangan kerajaan Mongol. Ciri-ciri utama yang membentuk masjid ini ialah pintu masuk yang dibina mengikut cara Mongol, minaret bersegi lapan dan laman dalaman yang luas. Masjid ini merupakan yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarahnya ia boleh memuatkan sehingga 65 000 jemaah.

Badshahi mosque (Emperor Mosque)was built in 1673 A.D by Emperor Aurangzeb Alamgir in Lahore, Pakistan during the Mughal period. The interior has rich embellishment in stucco tracery (Manbatkari) and panelling with a fresco touch, all in bold relief, as well as marble relay. The exterior is decorated with stone carving as well as marble inlay on red sandstone. The mosque can accommodate up to 65 000 worshippers at one time.

DOME OF THE ROCK, PALASTIEN



Bangunan Kubah As-Sakhrah, Palestin dibina pada tahun 692 Masihi di kawasan Haram Al-Sharif bagi melindungi batu terapung yang menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berpijak sebelum Mikraj ke langit. Ciri-ciri penting yang dapat dilihat pada bangunan ini adalah replika batu tergantung itu sendiri serta kesenian kerja-kerja jubin dan kaligrafi dari Surah Yaasin dan Surah Al Israq

Dome of the Rock, Palestine was built in 602 A.D in Haram Al-Sharif. The main characteristics of the building is the replica of the floating rock , the calligraphy writings from Surah Yaasin and Surah Al-Israq and also the arrangements of the tiles.

LUTFALLAH MOSQUE, ISFAHAN, IRAN



Masjid Lutfallah mula dibina pada tahun 1602 Masihi semasa pemerintahan Dinasti Safavid. Nama masjid ini diambil sempena nama seorang tokoh agama terkenal pada zaman itu iaitu Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili. Keistimewaan masjid ini adalah penggunaan jubin biru yang memenuhi kawasan pintu masuk ke masjid. Ini menjadikan ianya contoh terbaik senibina Islam.

This mosque was built in 1602 A.D during Safavid Dynasty. The
name was taken from a famous Muslim scholar Sheikh Lutfallah
Maisi Al-Amili. The significant characteristic of this mosque is the blue marble at the entrance of the mosque. This is the best example of muslim architectural.

ABU NASR PARSA, AFGHANISTAN



Makam Abu Nasr yang terletak di tengah- tengah Balkh Central Park ini telah dibina bagi mengabadikan jasa-jasa ketua dan tokoh agama terkenal di Herat, Afghanistan iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa. Ciri-ciri menarik pada makam ini adalah dua tiang berpusing di hadapannya serta dinding, kubah, menara dan kaligrafi yang dibuat daripada mozek biru. Ciri-ciri ini memberi gambaran kepada generasi bahawa kerja-kerja yang unik dan bernilai ini telah berjaya dihasilkan oleh orang Islam di zaman lampau.

Khwaja Abu Nasr sits in the middle of Balkh Central Park. It was built to commemorate the good deeds of chief and Islam guru Khwaja Abu Nasr Pasra of Herat, Afghanistan. The main characteristics of the mausoleum are the two spiralling towers, and the blue
Mosaic walls, dome, minaret and Calligraphy.

MASJIDIL HARAM, MECCA, SAUDI




Sebagaimana yang diketahui ramai sejarah Masjidil Haram terutamanya Kaabah bermula dari zaman Nabi Ibrahim AS lagi. Walaubagaimanapun pembinaan bangunan masjid itu sendiri hanya bermula pada zaman Khalifah Omar Al Khattab RA iaitu sekitar tahun 639 Masihi. Sebahagian besar bangunan asal masjid dibuat mengunakan batu biru yang boleh didapati di bukit-bukit di sekeliling Lembah Hijaz. Sejak dari zaman tersebut bangunan masjid telah ditambah sedikit demi sedikit sehingga bentuknya yang dapat kita lihat pada hari ini.

The history of Masjidil Haram goes to the time of Abraham AS.
But the main building only exist during Caliph Omar Al-Khattab
RA somewhere in 639 A.D. Most of the structure of the building were made from the the blue rock taken from the surrounding Hijaaz Valley. The building has gone through numerous renovations and rebuilding until it is what can be seen now.

ALEPPO CITADEL, SYRIA



Kota Aleppo adalah sebuah kota yang telah dibina oleh umat Islam dahulu di atas sebuah bukit di Syria. Penemuan yang telah dibuat di kawasan kota ini membuktikan bahawa kawasan ini telah digunakan pada kurun ke-10 sebelum Masihi. Kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam lampau yang berjaya membina kota yang sebegitu kukuh dan indah di atas sebuah bukit.

The Aleppo Citadel is a fortress built by muslims on a hill in Syria which goes back to the 10th century B.C. Mosque of Abraham was built here too. It became a citadel under the Seleucids.

MOHAMMAD ALI MOSQUE, CAIRO, EGYPT



Masjid Mohammad Ali terletak di Wilayah Al-Qalaa di Kaherah, Mesir. Ia direkabentuk oleh arkitek Greek bernama Yussuf Bushnaq. Rekabentuknya berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) di Turki. Ia mula dibina pada tahun 1246 Masihi dan siap pada tahun 1265 Masihi. Ia dinamakan bersempena nama pemerintah yang memerintah Mesir selama 45 tahun.
Mohammad Ali Mosque is situated in Al-Qalan Region in Kaherah, Egypt. It was designed by a Greece architect named Yussuf Bushnaq. The design was based on Sultan Ahmad Mosque (The Blue Mosque) in Turkey. It was built in 1246 A.D and completed in1265 A.D. It was named after the Egypt King who govern Egypt for 45 years.

PROPHET MOSQUE, MEDINA



Sebagaimana diketahui umum Masjid Nabawi dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad SAW yang pertama selepas berhijrah ke Madinah. Ia merupakan masjid yang pertama dibina selepas penghijrahan. Dalam masa yang singkat kawasan masjid dan sekitarnya menjadi pusat pemerintahan dan perniagaan bagi Madinah dan dunia Islam keseluruhannya

The mosque of Prophet Muhammad SAW is the second holiest mosque in Islam. It was built on the original site of Prophet Muhammad’s house. In a brief time the mosque served as the administrative and commercial center.

SULEYMAN MOSQUE, TURKEY



Masjid ini direkabentuk berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque) di Turki. Ia juga direkabentuk oleh arkitek yang sama iaitu Sinan, Arkitek Agung di zaman pemerintahan Khalifah Othmaniah. Masjid ini dinamakan sedemikian berdasarkan nama Sultan Suleyman yang memerintah Turki dari tahun 1520 Masihi hingga 1566 Masihi

The mosque was built with Blue Mosque characteristics. It was designed by the same architect, Sunan the Great Architect during Caliph Othmaniah time. The name was given in recognition to the Emperor Sultan Suleyman, the King of Turkey from 1520 A.D to 1566 A.D.

QAIRAWAN MOSQUE, TUNISIA



Masjid ini dibina oleh Uqba bin Nafi pada tahun 670 Masihi. Ia merupakan pusat Islam tertua di Tunisia. Bentuk dan saiz masjid ini menekankan ciri-ciri persaudaraan dan keikhlasan. Di dalam masjid yang sebegini besar semua aktiviti dan permasalahan dapat diselesaikan termasuk pemerintahan, pembelajaran dan ketenteraan.

The Qairawan Mosque was built by Uqba bin Nafi in 760 A.D. It is
the oldest Islamic center in Tunisia. The size and design of the mosque are aligned to comradeship and integrity. Problem solvings and other activities were done in this mosque including administrative and governmental issues such as education and defense.

ALHAMBRA, GRANADA, SPAIN



Kota Al Hambra adalah sebuah kubu dan istana kesultanan Moorish di Granada. Ia bermula dengan sebuah masjid yang dibina semasa pemerintahan awal Islam di Sepanyol. Di antara tahun 1238-1354 Masihi, istana kerajaan Islam Sepanyol dibina di kota ini. Dengan terbinanya istana inilah menjadikan Al Hambra terkenal sehingga hari ini. Terdapat empat pintu masuk utama ke kota ini dan terdapat beberapa dewan besar di dalam keseluruhan kota. Dinding-dinding dalaman dipenuhi ‘stucco calligraphy’ kalimah-kalimah memuji Illahi. Terdapat juga taman-taman indah yang dihiasi ciri-ciri alam semulajadi seperti pokok, air dan haiwan. Replika yang dibina di Taman Tamadun Islam ini adalah sebahagian dari Kota Al Hambra yang luas keseluruhannya terlalu besar untuk dibina di sini.

Al Hambra Citadel is a city-fotress and the castle of Moorish Kingdom in Granada. It was built as a mosque in early Islamic rules in Spain. Between 1238-1354 A.D, the castle of Islamic Kingdom was built in this city. Since then Al-Hambra city is one of the famous historic building in the world. The interior walls of the building were decorated with fascinating stucco calligraphy of Holy Quran and there were also beautiful gardens in the city.

KALYAN MINARET , UZBEKISTAN



Menara ini dibina oleh Arslan Khan pada tahun 1127 Masihi. Ia dibina dua kali kerana menara pertama telah runtuh akibat kerja-kerja tapak yang tidak sempurna. Menara ini merupakan contoh struktur dan binaan terbaik pada zaman tersebut. Menara ini telah digunakan sebagai rumah api dan menara peninjau untuk mengelakkan serangan musuh.

Kalyan Minaret was built by Arslan Khan in 1127 A.D. It was built twice because the original tower fell down due to shoddy works! The tower is an example of the best construction and structural work of the time. The tower was used as lighthouse and reconnaisance tower.

AGADEZ MOSQUE, NIGER



Masjid ini terletak di daerah Air Massif di tengahtengah Negara Niger. Ia dibina dalam kurun ke-16 semasa zaman Agadez. Dari segi bahan binaan masjid ini agak unik kerana diperbuat dari kayu dan lumpur, sebagaimana bangunan tradisional di Benua Afrika. Bahan binaan ini masih kekal sehingga kini. Kalau bukan kerana kebijaksanaan masyarakat lampau yang telah memikirkan cara bagaimana ia perlu diselenggara, masjid ini mungkin telah runtuh atau tidak boleh digunakan lagi. Perancah kayu yang dipasang di keliling menara membolehkan ianya diselenggara apabila perlu. Cara itu masih digunakan sehingga kini.

This mosque is located in Air Massif District Mid Niger. It was built in th 16th century during the Agadez period. The mosque was built from wood and sluth as all traditional buildings in Centre Africa.

KUL SHARIF MOSQUE,KAZAN,RUSSIA




Masjid ini dibina bagi mengenang jasa dan perjuangan seorang guru serta muridnya yang gigih mempertahankan diri dari serangan Ivan ‘The Terrible’. Walaupun telah berusaha mempertahankan diri mereka, Guru Kul Sharif dan kesemua anak muridnya telah dibunuh oleh Ivan ‘The Terrible’. Masjid ini dibina pada tahun 1996 setelah jatuh Empayar Soviet.

The erection of the “Kul-Sharif” Mosque according to the project of the group of architects of the firm “Tatinvest-grazhdanproyect” (A.V. Golovin, A.I. Ishakov, I.F. Saifullin, A.C. Sattarov, M.V.Safronov, S.P. Shakurov) started in 1996. The contest for the developing of the project, which was held by the Architects’ Association preceded to the creating of its final variant. After summarizing 2 rounds, the project was developed, it combined ideas and plans of a number of contestants. The Mosque's building is located in the western part of the Kremlin. The project presupposes zoning of the Mosque's yard, taking into account the relief's fall into 2 platforms: the upper one- for religious arrangements, the lower one - for museum excursions. The complex will include 2 pavilions and ornamental pools. It belongs to the type of the central dome mosque with many minarets. The basis of its arrangement is laid on the combinatory symbol of the Moslem Community “Bismilla” in the shape of 2 squares displaced at an angle of 45 degrees and laid one on the other. According to this project, the high central volume with broken facets of the curved upper part was erected. It is surmounted by the dome on the platform of a muezzin and accentuated with 8 vertical lines (4 tall minarets and 4 pinnacles). The hall will be lit by high pointed Gothic and tulip-shaped windows. The motifs and elements of Tartar decorative art will be used in the Mosque's styling

Perihal Taman Tamadun Islam.

Taman Tamadun Islam adalah sebuah Taman Tema yang memaparkan keunikan koleksi monumen-monumen hasil senibina Islam yang tersohor dari seluruh pelusuk dunia. Disamping itu ia juga dirancang dengan pelbagai kemudahan dan tarikan bagi setiap lapisan umur dengan tema utama “education dan entertainment”.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

BEST OF THE BEST

COMMENTS

Percuma!!!